Home » » Baru Kusadari ternyata.....

Baru Kusadari ternyata.....

Suami saya adalah serorang jurutera, saya
mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya
menyukai perasaan hangat yang muncul dihati
saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun
dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa
saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan
saya mencintainya dulu telah berubah menjadi
sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita
yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat
romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya
dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua
harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya
inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan." Dia diam dan
termenung sepanjang malam di depan
komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang
lelaki yang tidak dapat mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah
fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-
dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik
yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika
Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan
mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus
gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan
saya menenui selembar kertas dengan coretan
tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan. ..

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu
mengusik program didalamnya dan akhirnya
menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang supaya boleh
membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang
supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-
tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman
baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan
Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku
dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti,
Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita
tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan
kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri pantai, menikmati
matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan
warna-warna bunga yang bersinar dan indah
seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak
sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang
boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai
Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi
Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan
membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca
jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua
jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang
sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu
jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan
Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang
Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari
membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta
dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta
itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah
kita bayangkan sebelum ini.


Share this article :

No comments:

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Selamat Datang - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger